Tuesday, 20 October 2015
Refleksi ( 20/10/2015 )
Nur Alaa' Nasuha (2015441344)
- Untuk bab 2 iaitu tamadun Islam, sayapelajari bahawa konsep tamadun semuanya berteraskan kehalusan. Kehalusan di sini merujuk kepada akhlak. Jelaslah bahawa tamadun Islam disanjung tinggi kerana kehalusan akhlak masyarkatnya. Selain itu, kita sebagai hamba Allah S.W.T, kita haruslah bersyukur atas rezeki yang diberi-Nya kerana sedangkan Rasulullah s.a.w tak henti-henti beribadah kepadaNya untuk menunjukkan kesyukurannya.
- Untuk bab 3 iaitu tamadun Melayu, saya mempelajari bahawa terdapat pelbagai teori yang dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu. Malah saya mendapati bahawa tamadun Melayu bukanlah Malaysia semata-mata tetapi turut meliputi Indonesia, Brunei, Singapura serta Filipina. Jadi saya dapat meluaskan lagi pengetahuan saya mengenai tamadun Melayu.
- Untuk bab 4 iaitu tamadun India, saya amat kagum dengan ketelitian masyarakat India tamadun ini kerana menjadikan salah satu tamadun yang sistematik dan teratur. Mereka mampu membina sistem kumbahan yang dilengkapi pada setiap rumah yang belum dilakukan oleh tamdun lain. Jadi para pemimpin haruslah sentiasa berusaha untuk memajukan negara dengan keupayaan sendiri tanpa mencuri idea negara lain.
- Untuk bab 5 iaitu tamadun Cina, saya mendapati bahawa mereka amat menekankan tentang sikap dan adab. Mereka amatlah berdisiplin dalam membentuk masyarakat yang penyayang sehingga lahirnya fahaman confusionisme. Malah mereka amat mementingkan dan mempercayai kuasa di sekeliling mereka sehingga mempengaruhi kehidupan mereka seperti feng sui.
- Untuk bab 6 iaitu mengenai isu semasa serta dialog peradaban, saya berpendapat bahawa untuk memajukan sesebuah negara, bukanlah tanggungjawab pemimpin sahaja. Malah masyarakat juga berperanan penting bagi membangunkan negara. Mengkritik dasar pentadbiran tanpa usul periksa amatlah memalukan kerana orang luar akan memandang rendah terhadap negara kita. Malah dialog peradaban juga merupakan langkah yang terbaik bagi menyatukan masyarakat majmuk di negara kita.
Nik Nur Adleena
- Sekarang baru saya dapat faham dengan jelas kategori-kategori hamba. Ada tiga iaitu hamba yang bersifat saudagar ( beri sesuatu kerana nakkan sesuatu ), hamba yang sentiasa takut untuk berbuat jahat kerana tidak mahu ke neraka tetapi hamba yang bagus ialah hamba yang berbuat sesuatu kerana Allah Taala.
Amirah Aina
- Pada hari ini, saya dapat mengetahui bahawa kita ada empat asas dalam kehidupan iaitu akidah, syariat, akhlak dan ilmu. Tanpa ilmu ( yang paling penting ilmu tauhid ), akidah, syariat dan akhlak tidak dapat disempurnakan dengan baik, Akidah ialah kuat berpegang teguh kepada rukun iman kita. Syariat pula amalan kita selari dengan perintah Allah seperti tercatat dalam rukun Islam. Akhir sekali, akhlak yang dipamerkan mengikut ciri-ciri mahmudah Rasulullah s.a.w.
Nur Fariza Zahirah ( 2015428828 )
- Apa yang dapat disimpulkan dari apa yang dipelajari pada hari ini ialah kehalusan tatasusila dan menjadi hamba yang beryukur haruslah diterapkan dalam diri kita. Pada hari ini juga saya dapat mengetahui tentang kategori hamba. Hamba mempunyai tiga kategori iatu hamba yabg bersifat saudagar( hamba yang melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu ), hamba yang buat sesuatu kerana takutkan neraka dan bagi saya hamba yang paling bagu ialah hamba yang melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T.
Mimi Syafiqa
Hadib Jazmine
Nur Saiyidah Hanisah
- Tahap sesebuah tamadun boleh diukur dengan kehalusannya. Kehalusan yang dimaksudkan ialah tertib dalam setiap aspek kehidupan kita. Terutamanya kehalusan kita dengan Tuhan seperti dalam beribadat. Kehalusan kita dengan manusia seperti komunikasi dengan ibu bapa,kawan dan tidak lupa juga kehalusan kita dengan alam. Moral dan akhlak masyarakat yang baik juga menentukan kemajuan tamadun tersebut. Kesimpulannya, semua aspek harus diambil kira tidak hanya berjurus kepada pemimpin, tetapi masyarakat juga.
Hadib Jazmine
- Perkara yang saya belajar pada minggu ini adalah kehalusan islam. Makin halus budi pekerti seseorang itu makin halus la peribadi nya. Saya juga belajar bahawa Allah bersifat wujud, qidam , baqa dan mampu berdiri dengan kaki sendiri. Allah telah wujud terlebih dahulu sebelum semua nya kerana Allah telah membina alam dan segala nya. Allah juga kekal. Semua benda hidup yang berada di bumi akan bertemu maut tetapi Allah tidak. Allah akan kekal sampai bila bila. Saya juga belajar bahawa dalam diri seseorang harus ada akidah, syariah , akhlak dan ikhsan . Kurang akidah maka kurang la aspek yang lain-lain . Aspek ini semua amat penting dalam membentuk insan yang beriman. Ustazah juga telah menerangkan maksud rasul iaitu seseorang yang menerima wahyu tetapi wajib menyampaikan nya . Tetapi nabi adalah seseorang yang menerima wahyu untuk dirinya sendiri. Ustazah juga telah menerangkan hukum hudud dengan lebih terperinci dan sangat mendalam . Akhir sekali , perbezaan antara moral dan akhlak . Moral adalah perkara yang dinilai oleh masyarakat . Akhlak pula apa yang ditunjukkan oleh rasul berpandukan wahyu.
Nur Saiyidah Hanisah
- Saya mempelajari bahawa kehalusan berbicara penting dalam berbahasa dan kekukuhan akidah adalah penting dalam memastikan akhlak mulia seseorang.
Najwa
- Apa yang telah saya pelajari pada hari ini ialah; satu hakikat yang sering saya lupa- yang sebenarnya setiap lapisan kulit dan otot yang membaluti tulang kita ini hanya sementara. Yang hanya akan tetap disitu hanya selama mana roh kita masih bercantum dengan jasad- kemudiannya semua ini akan terurai satu-persatu.. Dan setelah itu, kita akan kembali hanya kepada menjadi satu 'roh'. Turut menarik perhatian saya mengenai pendapat Imam Nawawi yang menjelaskan tentang... "Hamba". 1) yang bersifat saudagar, yang melakukan amalan untuk mendapatkan pahala 2) yang melakukan amalan kerana takutkan neraka. dan yang ke 3) yang melakukan amalan ikhlas kerana Allah Ta'ala semata-mata.
Nur Nabila bt Abdul Wahab (2015477642)
- Saya telah mempelajari definisi tamadun Islam, iaitu suatu tamadun yang mempunyai masyarakat yang berakhlak mulia serta kehalusan tatasusila yang tinggi dan berlandaskan syariat Islam. Selain itu, moral dan akhlak adalah dua perkataan yang berbeza di mana moral adalah segala perlakuan baik yang bergantung kepada norma masyarakat dan akal manusia manakala akhlak merupakan tauladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W ,yang berpandukan kepada wahyu Allah.
refleksi ( 6/10/2015 )
Nur Alaa' Nasuha (2015441344)
- Untuk bab 1 iaitu tamadun awal, saya dapat konklusikan yang tamadun terawal yang terbentuk mempunyai persamaan dari segi keagamaan dan kepercayaan, kepimpinan, dan sosioekonomi. Tiga aspek besar ini menjadi rujukan utama dalam pembentukkan tamadun. Serta setiap tamadun awal mula terbentuk di lembah sungai kerana tanahnya yang subur sesuai untuk pertanian dan kelangsungan bekalan makanan.
Nik Nur Adleena
- Setiap tamadun mempunyai tiga elemen utama iaitu berkait dengan kuasa besar ( Tuhan ), berinteraksi dengan alam dan sistem rekod.
Amirah Aina
- Antara point yang saya pelajari ialah manusia sentiasa terkait dengan kuasa besar iaitu Tuhan. Tamadun Mesopotamia, rakya ketika itu percaya setiao daerah mempunyai Tuhan masing-masing. Walaupun kepercayaan mereka jauh dari agama Islam, kita dapat simpulkan mereka percaya pada Tuhan iaitu Pencipta kita. Tanpa Tuhan, tamadun tidak akan berlaku.
Nur Fariza Zahirah ( 2015428828 )
- Daripada apa yang telah saya pelajari dalam bab 1, saya dapat simpulakan bahawa tamadun-tamadun awal megakui adanya Tuhan. Masyarakat tamadun awal memahami alam dan sistem rekod. Kita haruslah mempelajari tentang peradaban kerana ianya dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan kita juga dapat belajar dari kesilapan yang telah dilakukan.
Mimi Syafiqa
Hadib Jazmine
Nur Saiyidah Hanisah
- Apa yang saya belajar, dalam setiap tamadun awal tak kira tamadun Indus, Mesir atau sebagainya, semua mempunyai aspek keagamaan. Mereka memegang kepada satu kepercayaan dalam usaha memajukan tamadun sebagai panduan. Antara kepercayaan awal adalah anemisme, buddha, hindu dan islam. Malah sesetengah tamadun menjadikan orang agama sebagai pemimpin seperti pendeta. And one more, pemimpin memainkan peranan utama dalam sesebuah tamadun. Jatuh bangun kerajaan bergantung kepadanya. Hal ini jelas bahawa agama dan kepimpinan merupakan antara aspek yang perlu diambil kra terutamanya pada zaman sekarang. Pemimpin-pemimpin hari ini perlu mengambil iktibar agar kerajaan yang dibina berlandas akidah yang betul.
Hadib Jazmine
- Perkara yang saya belajar pada minggu ini adalah berkenaan dengan tamadun awal. Contohnya tamadun mesopotamia , tamadun indus , tamadun hwang ho dan tamadun mesir purba. Dalam setiap tamadun ini mempunyai kepercayaan yang tersendiri seperti tamadun mesir purba yang percaya kehidupan selepas mati. Manakala tamadun indus mempercayai bahawa setiap benda di alam ini mempunyai roh atau semangat. Kita dapat contohi tamadun awal ini dan mempraktikkan pada zaman ini. Dalam membina sesebuah tamadun kepercayaan merupakan perkara penting iaitu sebagai asas. Seperti umat islam yang mempercayai bahawa Allah itu yang membuat alam dan seluruh kehidupan di muka bumi ini. Allah telah menjadikan manusia . Dan manusia ini lah yang diberi tanggungjawab membina tamadun. Saya juga belajar dalam membina sesebuah tamadun harus mempunyai organisasi yang teratur. Seperti tamadun indus , golongan pendeta di beri hak mutlak untuk membuat sebarang perubahan dan merupakan golongan tertinggi. Pada zaman kini , pemerintahan di bawah perdana menteri. Tetapi setiap yang dilakukan harus mendapat persetujuan semua pihak dan paling penting tidak lari dari syariat islam . Saya juga belajar bahawa dalam melahir tamadun yang hebat, perancangan haruslah ada . Seperti tamadun indus yang mempunyai perancangan bandar yang teratur dan sistem peparitan yang bagus . Seperti zaman kini jua , pemerintah haruslah membuat perancangan supaya masyarakat lebih teratur.
Nur Saiyidah Hanisah
- Saya telah mempelajari bahawa sistem teratur tamadun Indus telah dijadikan contoh dalam pembangunan zaman.
- Apa yang telah saya pelajari pada hari ini ialah; sifat sedia ada dan naluri manusia itu sendiri yang percaya, yang sentiasa mencari, dan inginkan tempat bergantung terkukuh dan takkan roboh- pada Tuhan. Sepanjang pembinaan sesebuah tamadun itu, terlihat dengan jelas betapa dekatnya golongan agamawan diletakkan setelah pemimpin. Hal ini menunjukkan kepercayaan terhadap kewujudan dan kekuasaan Tuhan itu sudah terbina lama dahulu, malah sebelum terbinanya tamadun agung yang kemudiannya mencapai bermacam-macam kegemilangan. Namun begitu, kegemilangan yang dikecapi takkan kekal lama andai pemimpin terutamanya, dan pengikut tamadun itu sendiri secara amnya; mula lupa diri dan mengabaikan ajakan para nabi atau pemimpin yang benar.
Nur Nabila bt Abdul Wahab (2015477642)
- Konklusi yang dapat saya berikan adalah masyarakat dari mana-mana tamadun akan selalu mempunyai hubungan dengan Tuhan. Ini dapat dilihat daripada kepercayaan yang mereka anuti. Selain itu, manusia tidak akan terlepas daripada mempunyai kaitan dengan alam. Alam yang dicipta Ilahi sememangnya adalah untuk memenuhi keperluan manusia walau secanggih manapun teknologi yang dicapai. Akhir sekali, sistem mencatit dan merekod merupakan antara perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Masyarakat terdahulu menggunakan sistem ini bagi mencatat segala aktiviti mereka dan kepentingannya terbukti apabila para sejarawan kini menggunakan sumber tersebut dalam mengkaji sejarah tamadun purba.
Sunday, 18 October 2015
TAMADUN MESOPOTAMIA
View TAMADUN MESOPOTAMIA and other presentations by dentistchill.
Subscribe to:
Comments (Atom)