ilmu for all
Wednesday, 23 December 2015
NUR SAIYIDAH HANISAH -2015418834-
REFLEKSI
Bab1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Pada pendapat saya, sesebuah tamadun dahulu memberi impak pada era moden. Dari kemajuan dahulu dapat memberi keselesaan pada zaman moden melalui bangunan yang teratur, sistem peparitan yang efektif dan dari segi akhlak, mengajar bahawa pentingnya kewujudan agama dalam memajukan secara fizikal dan rohani. Bab ini juga membuktikan bahawa kejayaan sesebuah tamadun bukan hanya bergantung kepada aspek fizikal sahaja. Malah ini juga melibatkan kejayaan dari segi kerohaniaan .
Bab2: TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam telah mengajar saya, bahawa hubungan antara manusia dan Allah adalah penting untuk menjamin kemajuan diri dan orang sekeliling. Bukanlah kehidupan dunia semata-mata yang perlu dikejar serta keikhlasan dan kepentingan menuntut ilmu adalah penting untuk memajukan diri bagi melahirkan kaedah/memajukan sesuatu demi kesenangan ramai
Bab3: TAMADUN MELAYU
Perkara yang telah saya pelajari di sini adalah, ketaatan dan kesetiaan kaum Melayu terhadap pemerintah melahirkan kerajaan/ tamadun yang kukuh. Apabila Raja mereka memeluk Islam maka, rakyat juga akan turut tanpa persoalkan. Kerjasama dan kepercayaan ini amat penting bagi menjamin keamanan daripada dirampas oleh kuasa luar
Bab4: TAMADUN INDIA
Tamadun India mempunyai pelbagai keunikan melalui pembinaan Taj mahal, kuil dan rekaannya. Kedatangan Islam telah meningkatkan lagi nilai seni yang dimiliki. Ini menunjukkan bahawa sikap keterbukaan adalah penting bagi memajukan diri agar dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Bab5: TAMADUN CHINA
Tamadun Cina banyak memberi sumbangan dari segi penciptaan dan kemajuan teknologi. Mereka banyak menghasilkan alatan pertanian, sistem kalendar, matematik dan sistem perperiksaan yang kini diguna pakai untuk memudahkan kehidupan manusia dan juga untuk menguji taraf ilmu seseorang. Oleh demikian, kita perlu mencontohi tamadun China dengan berfikiran kreatif dan inovatif agar menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk dibawa sehingga ke generasi hadapan
Tuesday, 22 December 2015
PROJEK AKHIR TITAS : TEMUBUAL
- Masalah / cabaran peradaban
Pengaruh budaya barat
Pada masa kini, budaya barat telah mempengaruhi kehidupan masyarakat di Malaysia melalui pelbagai medium. Antara aspek kehidupan yang telah jelas dipengaruhi budaya kuning ialah hiburan, fesyen, artis telah dijadikan sebagai ikon (role model) dan ajaran yang bertentangan dengan sunnah dan akhir sekali cara hidup moden.
- Dari aspek hiburan, masyarakat Malaysia kini lebih gemar mendengar lagu-lagu barat tanpa mengambil kira nilai atau maksud lagu tersebut. Sebagai contoh, lagu Locked Out of Heaven yang kian menjadi kegilaan remaja hari ini. Walhal, liriknya mengandungi aspek pornografi. Selain itu, filem-filem yang ditayangkan di Malaysia kebanyakkannya datang dari Barat, lebih buruk lagi ia tidak ditapis dengan baik dan teliti. Filem-filem ini selalu ditonton oleh masyarakat islam terutamanya. Contohnya, filem Fifty Shade Of Grey yang mendedahkan aspek pornografi yang melampau. Tidak dilupakan juga filem Fast Furious yang mamberi impak negatif kepada remaja masa kini.
- Aspek yang kedua adalah fesyen barat yang semakin mempengaruhi minda masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia memakai pakaian barat ini tanpa mempertimbangan aspek islam seperti pakaian yang membuka aurat , ketat serta mencolok mata para jejaka.
- Artis barat dan asia kini dijadikan sebagai icon (role model) bagi masyarakat Malaysia juga merupakan salah satu cabaran masa kini. Contohnya , masyarakat Malaysia yang gemar meniru gaya artis k-pop . masyarakat malaysia juga gemar mengagungkan artis barat seperti Michael Jackson yang dianggap sebagai king of the world , justin bieber dan miley cyrus. Kini , mereka juga mengagungkan tokoh ilmuwan barat seperti oprah , albert Einstein dan sir newton berbanding dengan tokoh ilmuwan islam seperti Al-Razi , Ibnu Khaldun dan Al-Ghazali.
- Aspek yang seterunya adalah ajaran yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah S.A.W . Ajaran seperti etika makan . Budaya barat lebih gemar mengambil buah selepas habis hidangan utama sedangan Sunnah Rasulullah mengajar kita untuk mengambil buah sebelum memulakan hidangan berat. Sebahagian besar masyarakat pada hari ini lebih gemar makan menggunakan sudu dan garpu berbanding menggunakan tangan. Sunnah menjilat jari selepas makan telah lama dilupakan dan perbuatan tersebut dianggap sebagai perbuatan yang menjijikkan.
2. Latar belakang responden
Nama : Muhammad Alif Faiz Bin Anuar
Jawatan : Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pergigian Sesi 15/16, Exco Perhubungan Kampus dan Alumni
3. Hasil/Dapatan Temubual
“Budaya Barat memisahkan kehidupan harian dengan ajaran agama. Hal ini akan menyebabkan bila hilangnya agama dalam kehidupan harian- hidup manusia akan hilang arah dan semuanya serba tak jadi”
Responden telah mencadangkan dan membincangkan pelbagai cara untuk menangani masalah pengaruh budaya barat yang telah disebut di atas. Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing tidak kira pihak kerajaan, masyarakat, ibu bapa termasuklah individu itu sendiri. Antara cadangan yang boleh dijadikan pentas penyelesaian masalh ini ialah :
- Kerajaan sepatutnya menilai semula aspek atau modul pendidikan agar ia sejajar dengan peredaran dunia hari ini. Ramai berpendapat bahawa sistem pendidikan di Malaysia perlu diberi nafas baru memandangkan pemikiran pelajara sekarang dikatakan lebih kehadapan berbanding dahulu. Aspek-aspek moral kehidupan, nilai murni, adab dan ilmu kerohanian terutamanya perlulah diselitkan sekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik tidak seharusnya hanya menekankan silibus subjek yang disediakan agar dapat membuka mata pelajar mengenai dunia hari ini yang penuh dengan onak duri. Subjek seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sivik Kewarganegaraan tidak seharusnya dipandang enteng.
- ‘Rumah merupakan universiti pertama anak-anak dan ibu bapa merupakan pensyarah pertama mereka’. Jelaslah bahawa ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan budi pekerti anak-anak seajack umur setahun jagung lagi. Penerapan nilai-nilai ketimuran, adab dan sopan santun seperti menghormati orang tua, adab makan, melayan tetamu dll. Semua aspek ini perlulah diterap berdasarkan nilai Islam, bukan mengagunggkan cara hidup barat. Ibu bapa tidak seharusnya menggunakan kesibukan dengan karier sebagai tiket untuk melepaskan tangan, mereka perlu mengawal aktiviti harian anak, kemana, bila dengan siapa mereka berada.
- Penubuhan organisasi di peringkat universiti khusunya adalah perlu. Sebagaimana yang kita ketahui, banyak ajaran-ajaran sesat kian tersebar dikalangan anak muda khususnya pelajar. Mereka menerima ajaran yang disampaikan dengan mudah tanpa ada usul periksa sumber dan kesahihannya. Oleh itu, organisasi seperti di Kampus UiTM Sungai Buloh iaitu ALIS adalah diperlukan. ALIS telah menganjurkan pelbagai ceramah dan forum bagi memperbetulkan pandangan atau isu mengenai sesuatu perkara.
- Penapisan kemasukan maklumat melalui media sosial perlu dikawal dan ditapis. Zaman millenium ini, maklumat diterima dan disebarkan dengan mudah melalui platform media sosial. Jelas terlihat hari ini, banyak info-info yang telah diserongkan khususnya oleh pihak barat telah mempengaruhi masyarakat.
4. Pelan Tindakan
Setelah melakukan perbincangan bersama-sama responden, antara tindikan yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah kemasukkan budaya barat ialah :
Pengajuran majlis ilmu yang menekankan aspek kerohanian perlu diperbanyakkan lagi. Antaranya ialah membuat ceramah, forum dll. Di kampus Sg. Buloh sendiri, Program Maulidur Rasul telah diadakan dengan menjemput penceramah luar bagi menarik lagi minat pelajar. Inin sekaligus dapat membuka ruang kepada pelajar untuk memnuhi sis kerohanian mereka. Forum yang diadakan juga membuka ruang untuk bertanyakan sebarang kemusykilan yang ada. Selain itu, program seperti Iftar beramai-ramai dapat membuka mata pelajar mengenai sunnah-sunnah Rasulullah seperti makan dalam talam beramai-ramai menggunakan tangan. Tindikan individu pla adalah sekurang-kurangnya dengan menegur. Tetapi haruslah ingat, cara menegur perlulah betul dan tidak kasar menggambarkan kelebutan serta kehalusan Islam itu sendiri. Dasarnya, terdapat banyak cara boleh dilakukan bagi mengatasi dan mengurangkan kesan penularan budaya negatif barat.
5. Kesimpulan
Malaysia kini telah didominasi oleh pengaruh Barat hampir dalam kesemua aspek. Secara perlahan-lahan identiti Malaysia semakin lenyap ditelan zaman. Kehalusan tatasusila yang telah diterapkan sejak zaman nenek moyang turut terhakis. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengembalikan kedaulatan Malaysia. Ayuh cegah budaya kuning dan pertahankan hak kita!
MIMI SYAFIQA BINTI AHMAD JAFRI
Refleksi
Refleksi
Bab1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Tamadun ditafsir dalam pelbagai cara dan mempunyai defini yang berbeza. Antaranya seperti adab, kehalusan dan bandar. Istilah hadharah pula digunakan oleh Ibn Khaldun yang bermaksud pembandaran atau kehidupan di bandar. Pada dasarnya, Tamadun Islam memenuhi setiap ruang dan aspek kehidupan kerana ia bersifat fleksibel. Islam mementingkan kehalusan dalam setiap inci kelakuan dan konsep berbuat baik dengan Tuhan, manusia dan alam sekeliling. Islam juga luas tersebar ke semua tamadun dan banyak meninggalkan kesan di serata dunia.
Namun begitu, Tamadun barat pula digambarkan sebagai perkara keduniaan sahaja. Mereka tidak mengimbangkan malah mengasingkan kehidupan keagamaan dan kehidupan harian. Orang barat banyak menggunakan pemikiran logik dan rasional akal. Banyak agama yang dainty di tamadun barat seperti menyembah roh alam.
Bab2- TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam telah berjaya disebarkan luas ke serata dunia. Agama Islam merupakan dorongan utama orang terdahulu dimana telah membuahkan pelbagai pencapaian seperti dalam bidang keilmuan. Ramai tokoh telah berjaya dilahirkan seperti Ibn Sina yang terkenal dengan ilmu perubatannya, beliau telah menggunakan Islam sebagai jalan petunjuk utama. Selain itu, zaman keemasan Islam ialah Uthmaniyyah dimana Islam berdiri gah dimata dunia dan manusia hari ini patut mencontohi sifat umat Islam yang bermati-matian memperjuangkan agama. Oleh itu, umat Islam perlulah memperbaharui tekad bagi menyemarakkan lagi dakwah Isla.
Bab 3- TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu merupak teras utama negara Malaysia pada hari ini. Dapat dilihat betapa susah perit nya pemimpin terdahulu membentuk Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak seharusnya sewenang-wenang menjual negara kepada orang asing. Selain itu, pelbagai unsur kehidupan masih diteruskan sehingga hari ini seperi pemakaian baju kurung, butang baju melayu, tarian dan seni bina rumah. Identiti melayu ini haruslah dikekalkan.
Bab4- TAMADUN INDIA
Tamadun India terkenal dengan pemujaan banyak dewa, namun Islam juga banyak memberi pengaruh. Sepertimana diketahui, India sangat terkenal dengan sistem Kasta. Islam telah berjaya menghapuskan corak kehidupan terutamanya penghambaan.
CHAPTER 5- TAMADUN CHINA
Tamadun Cina banyak memberi sumbangan kepada hidup kita hari ini terutamnya dari aspek teknologi. Mereka banyak menghasilkan alatan pertanian, sistem kalendar, matematik dan sistem perperiksaan yang mana menjadi asas kemajuan yang dicapai hari ini. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berusaha meng’improve’kan kehidupan.
Monday, 21 December 2015
REFLEKSI (27/10/2015)
FAKTOR PERKEMBANGAN DAN KEBANGKITAN ISLAM
NUR NABILA BT ABDUL WAHAB (2015477642)
Secara ringkas, Islam telah melalui pebagai kondisi demi bangkit dan kukuh berdiri pada
hari ini. Antara faktor-faktor dalam perkembangan dan kebangkitan Islam adalah
penghijrahan, keteguhan sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kestabilan pemerintah
dan faktor penting yang lain. Rasulullah S.A.W telah melalui fasa yang perit
demi memastikan syiar Islam sampai pada kita pada hari ini. Segala faktor di
atas adalah penting dalam proses Islam tersebar di seluruh dunia sehingga umat
Islam mencapai populasi 2/3 dari penduduk dunia.
REFLEKSI (3/11/2015)
SUMBANGAN ISLAM KEPADA DUNIA
NUR NABILA BINTI ABDUL WAHAB (2015477642)
Kesimpulannya, umat
Islam pada zaman dahulu telah mencapai pelbagai kejayaan yang jelas turut
memberi impak kepada dunia kita pada hari ini. Para cendekiawan Islam pada masa
dahulu ternyata bukan sahaja hebat dari segi kejayaan di dunia malahan turut
menguasai hal agamawi. Kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu dapat dilihat
dalam usaha mereka memahami konsep Iqra. Namun secara tunjangnya, segala
perkembangan Islam yang kita nikmati kini adalah tidak lain tidak bukan dari
pengorbanan yang dilakukan oleh rasul kita sendiri, Nabi Muhammad S.A.W.
PERBEZAAN FALSAFAH SAINS ISLAM DAN BARAT
PERBEZAAN PANDANGAN UMUM
A) PANDANGAN BARAT
-Maksud falsafah ialah bermaksud mencintai dan hikmah
-Falsafah Barat juga mengatakan suatu ilmu fizikal tujuan kehidupan manusia dan hubunganna dengan alam.
B)PANDANGAN ISLAM
-Falsafah ialah mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk merapatkannya.
PERBEZAAN PANDANGAN MENGIKUT TOKOH
A) PANDANGAN BARAT
-Aristottles, anak murid Plato-falsafah ialah ilmu kebenaran. Kebenaran daat diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizik, logik, retorik, etika,estetika, ekonomi dan politik.
-Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman-falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menyelidik dasar-sasar bagi mengetahui sesuatu dan bertindak.
-John Dewey-falsafah haruslah dipandang sebagai perjuangan manusia dalam melakukan penyesuaian di antara kumulan tradisi yang berbentuk akal manusia dengan cita-cita politik baru.
B) PANDANGAN TOKOH ISLAM
-Al-Farabi-falsafah dilihat daripada 2 sudut:-
i) falsafah teori-mengetahui sesuatu yang ada.
ii) falsafah amalan-apa yang perlu ada dalam perbuatan
-Al-Khindi-falsafah terbahagi 3 aspek:-
i) ilmu fizik-berasaskan benda
ii)ilmu matematik-ilmu hitung
iii)ilmu ketuhanan
PERBEZAAN FALSAFAH ISLAM & BARAT
A) Aspek Konsep
Dari segi barat:
i)Ciri-ciri semula jadi manusia bersifat sejagat
ii) Menumpukan perkara-perkara asas sahaja
iii) Bersifat praktikal dan pragmatik
Dari segi Islam:
i)Proses pendidikan merupakan penyatuan ilmu pengetahuan di bawah al-Quran sebagai teras
ii)Pendidikan memainkan peranan mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia
B) Perbezaan Matlamat
Darisegi Barat:
i)Mengajar ilmu dan budaya ang bersifat asas sahaja
ii)Mengasaskan corak budaya baru
iii)Menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupa seharian.
Dari segi Islam:
i)Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman dan beramal soleh serta peribadi mulia.
ii)Melahirkan insan yang taat kepada Allah.
C) PERBEZAAN PERANAN GURU
Dari segi Barat:
i)penyampai ilmu yang pakar
ii)pembimbing dan pengurus
iii) ejen perubahan
iv)pemangkin ilmu
Dari segi Islam:
i)Pemberi ilmu, pembimbing, pendorong dan pembentuk akhlak murid-muridnya.
D) PERBEZAAN KORIKULUM
Dari segi Barat:
i)Bidang kemanusian dan kesusasteraan
ii)KEmahiran asas
iii)Bidang sains sosial
iv)Bidang estetik
Dari segi Islam:
i)berlandaskan al-Quran & al-sunnah
ii)Meliputi fardhu ain & fardhu kifayah
E) PERBEZAAN TOKOH
Dari segi Barat:
i)Sokrates
ii)Plato
iii)Aristotle
Dari segi Islam:
i)Ibnu Rushd
ii)Al-Ghazali
iii)Ibnu Khaldun
iv)al-Farabi
F) JENIS FALSAFAH & KATEGORI ILMU
Dari segi Barat:
i)Terbahagi kepada 2 jenis, tradisional&moden.
ii)Bersumberkan akal & pengalaman.
Dari segi Islam:
i)Dilihat dari 2 sudut-falsafah teori &falsafah keamanan
ii)Ilmu wahyu&ilmu akhirat
G) PERBEZAAN DASAR
Dari segi Barat:
i)Percaya bahawa manusia mempunyai kemampuan yang wajar&dapat dihadapi dan mengatasi masalah yang bersifat mengancam adanya manusia itu sendiri.
Dari segi Islam:
i)Berusaha melahirkan individu ang baik&beramal soleh.
ii)Melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan&kerohanian.
A) PANDANGAN BARAT
-Maksud falsafah ialah bermaksud mencintai dan hikmah
-Falsafah Barat juga mengatakan suatu ilmu fizikal tujuan kehidupan manusia dan hubunganna dengan alam.
B)PANDANGAN ISLAM
-Falsafah ialah mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk merapatkannya.
PERBEZAAN PANDANGAN MENGIKUT TOKOH
A) PANDANGAN BARAT
-Aristottles, anak murid Plato-falsafah ialah ilmu kebenaran. Kebenaran daat diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizik, logik, retorik, etika,estetika, ekonomi dan politik.
-Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman-falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menyelidik dasar-sasar bagi mengetahui sesuatu dan bertindak.
-John Dewey-falsafah haruslah dipandang sebagai perjuangan manusia dalam melakukan penyesuaian di antara kumulan tradisi yang berbentuk akal manusia dengan cita-cita politik baru.
B) PANDANGAN TOKOH ISLAM
-Al-Farabi-falsafah dilihat daripada 2 sudut:-
i) falsafah teori-mengetahui sesuatu yang ada.
ii) falsafah amalan-apa yang perlu ada dalam perbuatan
-Al-Khindi-falsafah terbahagi 3 aspek:-
i) ilmu fizik-berasaskan benda
ii)ilmu matematik-ilmu hitung
iii)ilmu ketuhanan
PERBEZAAN FALSAFAH ISLAM & BARAT
A) Aspek Konsep
Dari segi barat:
i)Ciri-ciri semula jadi manusia bersifat sejagat
ii) Menumpukan perkara-perkara asas sahaja
iii) Bersifat praktikal dan pragmatik
Dari segi Islam:
i)Proses pendidikan merupakan penyatuan ilmu pengetahuan di bawah al-Quran sebagai teras
ii)Pendidikan memainkan peranan mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia
B) Perbezaan Matlamat
Darisegi Barat:
i)Mengajar ilmu dan budaya ang bersifat asas sahaja
ii)Mengasaskan corak budaya baru
iii)Menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupa seharian.
Dari segi Islam:
i)Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman dan beramal soleh serta peribadi mulia.
ii)Melahirkan insan yang taat kepada Allah.
C) PERBEZAAN PERANAN GURU
Dari segi Barat:
i)penyampai ilmu yang pakar
ii)pembimbing dan pengurus
iii) ejen perubahan
iv)pemangkin ilmu
Dari segi Islam:
i)Pemberi ilmu, pembimbing, pendorong dan pembentuk akhlak murid-muridnya.
D) PERBEZAAN KORIKULUM
Dari segi Barat:
i)Bidang kemanusian dan kesusasteraan
ii)KEmahiran asas
iii)Bidang sains sosial
iv)Bidang estetik
Dari segi Islam:
i)berlandaskan al-Quran & al-sunnah
ii)Meliputi fardhu ain & fardhu kifayah
E) PERBEZAAN TOKOH
Dari segi Barat:
i)Sokrates
ii)Plato
iii)Aristotle
Dari segi Islam:
i)Ibnu Rushd
ii)Al-Ghazali
iii)Ibnu Khaldun
iv)al-Farabi
F) JENIS FALSAFAH & KATEGORI ILMU
Dari segi Barat:
i)Terbahagi kepada 2 jenis, tradisional&moden.
ii)Bersumberkan akal & pengalaman.
Dari segi Islam:
i)Dilihat dari 2 sudut-falsafah teori &falsafah keamanan
ii)Ilmu wahyu&ilmu akhirat
G) PERBEZAAN DASAR
Dari segi Barat:
i)Percaya bahawa manusia mempunyai kemampuan yang wajar&dapat dihadapi dan mengatasi masalah yang bersifat mengancam adanya manusia itu sendiri.
Dari segi Islam:
i)Berusaha melahirkan individu ang baik&beramal soleh.
ii)Melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan&kerohanian.
Subscribe to:
Comments (Atom)