Tuesday, 22 December 2015

PROJEK AKHIR TITAS : TEMUBUAL 



  1. Masalah / cabaran peradaban 

Pengaruh budaya barat 
Pada masa kini, budaya barat telah mempengaruhi kehidupan masyarakat di Malaysia melalui pelbagai medium. Antara aspek kehidupan yang telah jelas dipengaruhi budaya kuning ialah hiburan, fesyen, artis telah dijadikan sebagai ikon (role model) dan ajaran yang bertentangan dengan sunnah dan akhir sekali cara hidup moden.
  1. Dari aspek hiburan, masyarakat Malaysia kini lebih gemar mendengar lagu-lagu barat tanpa mengambil kira nilai atau maksud lagu tersebut. Sebagai contoh, lagu Locked Out of Heaven yang kian menjadi kegilaan remaja hari ini. Walhal, liriknya mengandungi aspek pornografi. Selain itu, filem-filem yang ditayangkan di Malaysia kebanyakkannya datang dari Barat, lebih buruk lagi ia tidak ditapis dengan baik dan teliti. Filem-filem ini selalu ditonton oleh masyarakat islam terutamanya. Contohnya, filem Fifty Shade Of Grey yang mendedahkan aspek pornografi yang melampau. Tidak dilupakan juga filem Fast Furious yang mamberi impak negatif kepada remaja masa kini. 
  2. Aspek yang kedua adalah fesyen barat yang semakin mempengaruhi minda masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia memakai pakaian barat ini tanpa mempertimbangan aspek islam seperti pakaian yang membuka aurat , ketat serta mencolok mata para jejaka.
  3. Artis barat dan asia kini dijadikan sebagai icon (role model) bagi masyarakat Malaysia juga merupakan salah satu cabaran masa kini. Contohnya , masyarakat Malaysia yang gemar meniru gaya artis k-pop . masyarakat malaysia juga gemar mengagungkan artis barat seperti Michael Jackson yang dianggap sebagai king of the world , justin bieber dan miley cyrus. Kini , mereka juga mengagungkan tokoh ilmuwan barat seperti oprah , albert Einstein dan sir newton berbanding dengan tokoh ilmuwan islam seperti Al-Razi , Ibnu Khaldun dan Al-Ghazali. 
  4. Aspek yang seterunya adalah ajaran yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah S.A.W . Ajaran seperti etika makan . Budaya barat lebih gemar mengambil buah selepas habis hidangan utama sedangan Sunnah Rasulullah mengajar kita untuk mengambil buah sebelum memulakan hidangan berat. Sebahagian besar masyarakat pada hari ini lebih gemar makan menggunakan sudu dan garpu berbanding menggunakan tangan. Sunnah menjilat jari selepas makan telah lama dilupakan dan perbuatan tersebut dianggap sebagai perbuatan yang menjijikkan. 


       2. Latar belakang responden

Nama : Muhammad Alif Faiz Bin Anuar 
Jawatan : Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pergigian Sesi 15/16, Exco Perhubungan Kampus dan Alumni
3. Hasil/Dapatan Temubual 
“Budaya Barat memisahkan kehidupan harian dengan ajaran agama. Hal ini akan menyebabkan bila hilangnya agama dalam kehidupan harian- hidup manusia akan hilang arah dan semuanya serba tak jadi”
Responden telah mencadangkan dan membincangkan pelbagai cara untuk menangani masalah pengaruh budaya barat yang telah disebut di atas. Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing tidak kira pihak kerajaan, masyarakat, ibu bapa termasuklah individu itu sendiri. Antara cadangan yang boleh dijadikan pentas penyelesaian masalh ini ialah :

  1. Kerajaan sepatutnya menilai semula aspek atau modul pendidikan agar ia sejajar dengan peredaran dunia hari ini. Ramai berpendapat bahawa sistem pendidikan di Malaysia perlu diberi nafas baru memandangkan pemikiran pelajara sekarang dikatakan lebih kehadapan berbanding dahulu. Aspek-aspek moral kehidupan, nilai murni, adab dan ilmu kerohanian terutamanya perlulah diselitkan sekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik tidak seharusnya hanya menekankan silibus subjek yang disediakan agar dapat membuka mata pelajar mengenai dunia hari ini yang penuh dengan onak duri. Subjek seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sivik Kewarganegaraan tidak seharusnya dipandang enteng. 
  2. ‘Rumah merupakan universiti pertama anak-anak dan ibu bapa merupakan pensyarah pertama mereka’. Jelaslah bahawa ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan budi pekerti anak-anak seajack umur setahun jagung lagi. Penerapan nilai-nilai ketimuran, adab dan sopan santun seperti menghormati orang tua, adab makan, melayan tetamu dll. Semua aspek ini perlulah diterap berdasarkan nilai Islam, bukan mengagunggkan cara hidup barat. Ibu bapa tidak seharusnya menggunakan kesibukan dengan karier sebagai tiket untuk melepaskan tangan, mereka perlu mengawal aktiviti harian anak, kemana, bila dengan siapa mereka berada.
  3. Penubuhan organisasi di peringkat universiti khusunya adalah perlu. Sebagaimana yang kita ketahui, banyak ajaran-ajaran sesat kian tersebar dikalangan anak muda khususnya pelajar. Mereka menerima ajaran yang disampaikan dengan mudah tanpa ada usul periksa sumber dan kesahihannya. Oleh itu, organisasi seperti di Kampus UiTM Sungai Buloh iaitu ALIS adalah diperlukan. ALIS telah menganjurkan pelbagai ceramah dan forum bagi memperbetulkan pandangan atau isu mengenai sesuatu perkara.
  4. Penapisan kemasukan maklumat melalui media sosial perlu dikawal dan ditapis. Zaman millenium ini, maklumat diterima dan disebarkan dengan mudah melalui platform media sosial. Jelas terlihat hari ini, banyak info-info yang telah diserongkan khususnya oleh pihak barat telah mempengaruhi masyarakat. 


4. Pelan Tindakan

Setelah melakukan perbincangan bersama-sama responden, antara tindikan yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah kemasukkan budaya barat ialah :

Pengajuran majlis ilmu yang menekankan aspek kerohanian perlu diperbanyakkan lagi. Antaranya ialah membuat ceramah, forum dll. Di kampus Sg. Buloh sendiri, Program Maulidur Rasul telah diadakan dengan menjemput penceramah luar bagi menarik lagi minat pelajar. Inin sekaligus dapat membuka ruang kepada pelajar untuk memnuhi sis kerohanian mereka. Forum yang diadakan juga membuka ruang untuk bertanyakan sebarang kemusykilan yang ada. Selain itu, program seperti Iftar beramai-ramai dapat membuka mata pelajar mengenai sunnah-sunnah Rasulullah seperti makan dalam talam beramai-ramai menggunakan tangan. Tindikan individu pla adalah sekurang-kurangnya dengan menegur. Tetapi haruslah ingat, cara menegur perlulah betul dan tidak kasar menggambarkan kelebutan serta kehalusan Islam itu sendiri. Dasarnya, terdapat banyak cara boleh dilakukan bagi mengatasi dan mengurangkan kesan penularan budaya negatif barat.



5. Kesimpulan
Malaysia kini telah didominasi oleh pengaruh Barat hampir dalam kesemua aspek. Secara perlahan-lahan identiti Malaysia semakin lenyap ditelan zaman. Kehalusan tatasusila yang telah diterapkan sejak zaman nenek moyang turut terhakis. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengembalikan kedaulatan Malaysia. Ayuh cegah budaya kuning dan pertahankan hak kita!



No comments:

Post a Comment