Wednesday, 23 December 2015


NUR SAIYIDAH HANISAH -2015418834-

REFLEKSI

Bab1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 
Pada pendapat saya, sesebuah tamadun dahulu memberi impak pada era moden. Dari kemajuan dahulu dapat memberi keselesaan pada zaman moden melalui bangunan yang teratur, sistem peparitan yang efektif dan dari segi akhlak, mengajar bahawa pentingnya kewujudan agama dalam memajukan secara fizikal dan rohani. Bab ini juga membuktikan bahawa kejayaan sesebuah tamadun bukan hanya bergantung kepada aspek fizikal sahaja. Malah ini juga melibatkan kejayaan dari segi kerohaniaan .


Bab2: TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam telah mengajar saya, bahawa hubungan antara manusia dan Allah adalah penting untuk menjamin kemajuan diri dan orang sekeliling. Bukanlah kehidupan dunia semata-mata yang perlu dikejar serta keikhlasan dan kepentingan menuntut ilmu adalah penting untuk memajukan diri bagi melahirkan kaedah/memajukan sesuatu demi kesenangan ramai 

Bab3: TAMADUN MELAYU
Perkara yang telah saya pelajari di sini adalah, ketaatan dan kesetiaan kaum Melayu terhadap pemerintah melahirkan kerajaan/ tamadun yang kukuh. Apabila Raja mereka memeluk Islam maka, rakyat juga akan turut tanpa persoalkan. Kerjasama dan kepercayaan ini amat penting bagi menjamin keamanan daripada dirampas oleh kuasa luar

Bab4: TAMADUN INDIA
Tamadun India mempunyai pelbagai keunikan melalui pembinaan Taj mahal, kuil dan rekaannya. Kedatangan Islam telah meningkatkan lagi nilai seni yang dimiliki. Ini menunjukkan bahawa sikap keterbukaan adalah penting bagi memajukan diri agar dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik. 

Bab5: TAMADUN CHINA
Tamadun Cina banyak memberi sumbangan dari segi penciptaan dan kemajuan teknologi. Mereka banyak menghasilkan alatan pertanian, sistem kalendar, matematik dan sistem perperiksaan yang kini diguna pakai untuk memudahkan kehidupan manusia dan juga untuk menguji taraf ilmu seseorang. Oleh demikian, kita perlu mencontohi tamadun China dengan berfikiran kreatif dan inovatif agar menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk dibawa sehingga ke generasi hadapan

No comments:

Post a Comment